Saturday, 28 December 2013
Sunday, 24 November 2013
Impian Jadi Kenyataan
Jumaat 8 Nov 13
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biasanya niat yang baik akan diizinkan Allah. Sebelum balik dari Johor, saya ada nyatakan hasrat kepada Mariam nak cari rangkaian di Singapura. Mana tau kot-kot dia ada kenalan dari sana.
Mariam mengiyakan dan memberitahu dia mengenali seorang motivator berbangsa Melayu dan mempunyai rangkaian besar kerana kerjanya memang berkaitan dengan orang ramai. Saya menaruh harapan agar Mariam dapat membuat temujanji walaupun Mariam berkeras mengatakan bahawa dia memang tidak mempunyai pengalaman dalam dunia networking atau MLM.
Tiba-tiba hari ni saya dapat panggilan dari Mariam, bahawa rakannya dari Singapura bersetuju untuk berjumpa di Restoran Singgah Selalu, JB esok jam 3 petang. Wow!..saya tergamam. Cepatnya, baru balik dari Johor Rabu lepas, esok nak kena pergi lagi. Saya ridak dpt buat keputusan on the spot, kena lah tanya suami saya dahulu. Bila saya call suami, dia kata OK, peluang datang tidak boleh dilepaskan. lagipun memang kita yang minta peluang sebegini. nah!..sekarang Allah dan beri jalan takkan kita nak sia-siakan. Dengan jawapan itu saya beritahu Mariamkami akan turun ke sana dan akan spend sepanjang weekend sehingga Isnin di sana.
jadual kami perlu dipenuhkan dan penginapan yang terlintas di fikiran kami adalah Saad Homestay! Rumah abang saya sebenarnya. Tak sabar tunggu esok!
Friday, 22 November 2013
Hari Ke-2 di Johor Part 3
6 Nov 2013
Apalagi kami pun order makanan, perut dah makin berbunyi.
Dari Taman Rinting Masai kePasir Gudang agak mudah, tapi hari ni kami nak ke tempat Siti Mariam di Restoran Sweet Cafe di Taman Mawar, bukan di Kompleks Bandar Pasir Gudang. Dengan alamat yang diberi dibantu dengan landmark iaitu Balai Bomba, rasanya senang nak cari ni.
Semua orang dah mula rasa lapar, maklumlah selepas pekena nasi lemak pagi tadi, masing2 kenyang, tu yang tak makan tengahari. Harap-harap ada makanan kat restoran Siti Mariam nanti, nama pun restoran kan?...
Kami sampai lebih kurang jam 5.15 petang, betul-betul menepati janji, lepas Asar. Restorannya agak ramai pelanggan. Rasanya ramai yang kerja kat pelabuhan, dengan uniform kerja. Kami duduk di bahagian dalam restoran. Kelihatan suami Mariam, En. Ajmi sedang menjamu selera dengan anak lelaki mereka.
Apalagi kami pun order makanan, perut dah makin berbunyi.
Ni sebelum makanan sampai.
Sambil bercerita sambil makan. Kerja jadi senang sebab Mariam dah dengar tentang produk dan plan semalam. Actually Mariam dah pun amalkan Double Stemcell sebelum ni. Tu yang dia positif tentang produk tetapi semalam dia macam tak menunjukkan minat sangat sebab hormatkan abang dia Muslim. Bukan apa, mariam ni downline Muslim dalam MLM lain dan memang tiap2 bulan dia maintain je. Tak banyak dalam RM300 je....tak banyak?..hehe..maintain Double Stemcell cuma RM190...
Saya pun dapat tahu semalam yang Muslim sedang buat MLM lain, ala yang mula dengan huruf Á'tu..tapi Muslim sendiri sedang hadapi krisis, dah 3 bulan tak maintain. Saya tak mau la buat spekulasi, saya biarkan Muslim settle kan masalah dia tetapi kalau Mariam yang join dulu, maka Muslim akan berada di bawah Mariam jika dia join kemudian, adilkan?..
Selepas isi borang ahli dan bayar RM270, kami bagi 2 kotak DSC. Macam biasa saya rekomen Mariam untuk jadi Mobile Stokis, dia memang nak jadi Stokis tapi tengah tunggu satu NGO ni bayar balik duit yang dia beri pinjam, bukan sikit tapi RM10,000 total, tapi yang RM5000 tu kira modal pusingan sebab dia berkongsi buka kedai bahan2 kek, tapi tambahan modal RM5000 tu sebagai pinjaman. Mariam beritahu susah nak dapat balik duit yang dia bagi pinjam tu. Biasa lah kan..dah nama pun pinjam.
Pukul 7 malam, kami bertolak balik ke KL. Saya sempat berpesan kepada Ajmi supaya bantu Mariam jadi Mobile sebab potensi terlalu besar. Ajmi mengangguk tanda faham. Kami memulakan perjalanan meninggalkan Johor dengan seribu satu kenangan pahit manis.
Perjuangan akan diteruskan walau di mana kami berada.
Hari Ke-2 Di Johor Part 2
6 Nov 2013
Tanpa berlengah, kami jalankan misi kami, share tentang produk dan pelan pemasaran dengan Ngot. Memang saya nampak emoasi Ngot agak terganggu dengan keadaan emaknya yang sedang sakit. Namun begitu, dia tetap melayan kami dengan baik. Dia positif tapi dalam keadaan yang agak kelam kabut dengan urusan kedai dan emak yang sakit, dia macam tak boleh nak buat keputusan.
Selepas settle melawat Makcik Ru, kami bertolak untuk ke tempat Ngot. Susah juga nak cari kalau tak ada GPS, nak harapkan signboard kat jalan, memang boleh naik angin jadinya. Suami selalu cakap signboard kat Malaysia tercinta ni boleh jadi macam chipsmore, sekejap ada sekejap takde. Tempat Ngot kat taman Rinting Masai. Walau saya orang Johor, tapi minta maaflah, jalan kat Johor ni amatlah saya tak biasa..hehe.
Dekat sejam juga nak mencari tempat Ngot, last2 kami berhenti dekat Stesen Petron, anak sulung Ngot datang jemput. Ikut jalan dalam memang tak sempat nak hafal. Akhirnya sampai juga kat kedai langsir Ngot ni. Kalau sesiapa nak tempah langsir bolehlah datang sini.
Signboard Kedai & Alamat.
Pn. Sal sedang share produk
Untuk memudahlan keadaan, kami tinggalkan satu pek DS untuk dia cuba, mana tau dengan cara tu boleh buat dia tersangkut dengan produk dan nak join ahli. Dia setuju terima, dalam pada tu saya pujuk juga dia untuk jadi Mobile di kawasan tu. Bukan apa, dapatlah dia makan produk dengan senang hati sebab stok banyak, lagipun saya akan bantu dia grow line kat area situ.
Dah settle semua kami pun minta diri nak ke Pasir Gudang, nak close Siti Mariam pula.
Thursday, 14 November 2013
Hari Ke-2 Di Johor
6 November 2013
Hari ni hari ke-2 di Johor dalam misi mencari prospek baru. Pagi-pagi lagi dah bangun pergi cari breakfast. Sejak suami ada projek kat sini, banyak juga tempat makan yang kami explore. Pagi ni kami ke sebuah tempat makan yang agak santai di Jalan Mahmoodiah. Lupa nak tengok namanya tapi betul-betul tepi jalan.
Selesai makan, kami belikan nasi lemak ayam bungkus untuk 3 srikandi kat hotel. Mereka penat sangat kot sampai kami ajak keluar breakfast pun tak nak. Balik hotel lepak je lah, sebab suami ada hal di MBJB. Nanti tengahari nak ke tpt Liza untuk bagi produk dan collect baki payment. Liza masuk pakej Gold, dapat 12 kotak double Stemcell dan saya akan dapat RM600 penajaan. Lumayan kan?
Selepas check-out dalam pukul 12.30 kami menuju ke Auto Mart Larkin, tempat Liza bekerja. Dia seorang Admin di syarikat baiki kereta. Kami sempat solat Zohor di situ. Walaupun dah pukul 1.30 ptg, tapi kami masih belum lapar.
Kami ada appointment dengan Mariam lepas Asar tapi kami nak singgah di rumah emak saudara saya Makcik Ru sebab beliau sedang sakit dan kalau ada peluang nak jumpa sepupu saya , Faridah atau lebih dikenali sebagai Ngot (singkatan dari Pungut). Kami singgah di Taman Pandan dan melawat Makcik Ru.Keadaan beliau makin parah dengan kanser buah pinggang stage 4. Kami spend masa selama 15 minit je kat sana. Dalam hati berharap juga anak dia dapat bagi Makcik Ru makan Double Stemcell.
Wednesday, 13 November 2013
Prospek Yang Tak Dikenali
5 November 2013
Lebih kurang pukul 8.30 malam kami check in hotel N** **** di Johor Bahru. Tak sempat pun nak masukkan barang atau berehat sebab dah kena berkejar ke Skudai. Appointment dengan Adi hari ni dah diubah dari Kulaijaya ke Skudai, Alhamdulillah..dekat la sikit jaraknya. So kami terus menuju ke Skudai Parade, sebab kat situ je yang kami tahu.
Sampai di Skudai Parade pun dah pukul 9 malam. Banyak kedai dah tutup, lengang je. Hujan masih renyai-renyai kat luar. Kami pun terus ke tandas beramai-ramai. Tandas tu dijaga oleh seorang makcik yang dah agak berumur. Kami pun apalagi, tegurlah makcik tu sebab dia pun nampak ramah. Bila bercerita tentang produk dia nampak berminat. Kami siap spray muka dia dengan Triple Stemcell, sebab dia kata muka dia macam membengkak selepas berbuka puasa tadi. Selepas bercerita serba sedikit, harapan kami biarlah nasib makcik ni dibela, dengan umur yang macam tu, dah tak sesuai untuk kerja sebagai tukang jaga tandas. Namun hidup perlu diteruskan...betul kan?
Kami teruskan dengan niat kami untuk berjumoa Adi dan rakannya, mereka on the way, satu ungkapan yang cukup popular..hehe..dari pukul 8 malam sekarang dah hampir pukul 10, mereka tak muncul lagi. Dalam hati masing-masing asyik berteka-teki, kena tipu ke?...betul ke nak jumpa ni?
Pukul 10 malam kami tunggu di luar sampai 10.30 malam. Kalau pukul 11 malam belum sampai juga, kami cadang untuk beredar dari situ. Baru je ingatan tu bermain di fikiran, tiba-tiba Adi call Pn. Sal beritahu dah sampai. Kami pun follow dia, buat U-turn dan jumpa kawan dia lagi seorang. Kami menuju ke kedai makan berhadapan dengan Skudai Parade. Sambil makan sambil bercerita produk dan peluang bisnes. Adi dengan kawan dia Mawi masing-masing bawa isteri dan anak.
Rupanya Mawi ni seorang leader MLM juga, yang mula dengan huruf A tu...tetapi dia macam dah give up selepas ada perkara berlaku dengan kumpulannya.
Tuesday, 12 November 2013
Prospek Rakan Niaga
5 November 2013
Prospek #3 Halizah Hashim
Liza ni schoolmate saya masa kat Sekolah Tinggi Kluang dulu. Seorang yang ceria, berbakat dan aktif. Alhamdulillah selepas hampir 30 tahun tidak bertemu, hanya berkomunikasi di lama muka buku je, akhirnya ditakdirkan Allah untuk kami bertemu dalam saat beliau memerlukan sesuatu untuk maju ke depan dan mengubah nasib hidup beliau sekeluarga.
Perjumpaan di KFC Terminal Larkin diiringi dengan hujan renyai-renyai amat bermakna. Perjalanan kami ke sini dari Pasir Gudang amat mencabar, maklumlah hujan lebat masa on the way tadi. Tambahan pula suami ikut jalan pintas iaitu Jalan Bakar Batu dri Permas ke Larkin. Sebelah tu projek Southkey Properties yang baru nak naik, jalan pun tengah buat, apalagi..air mengalir macam sungai...serius saya naik takut..nasib baik kat dalam kereta kami berlima.
Kami tiba agak lewat, dalam pukul 6 sedangkan Liza dah sampai pukul 5 tadi. Nasib baik beliau memahami. Tanpa membuang masa, Pn. Sal terus explain pasal produk. Pn. Watie dan Pn. Saadah macam biasa share testimoni masing-masing.
Punya lah nak cepat, Pn, Sal cuma cerita marketing plan untuk pakej Silver & Mobile je. Last-last, Liza cakap, 'Aku tak nak pakej Silver, tapi nak ambil pakej Mobile aku tak ada duit. Aku ambil pakej Gold je la'..ni yang buat saya tercengang. Terus saya ajak Liza pergi ambil duit. ATM yang paling dekat ada kat bangunan Terminal. Apalagi, kami menapak la.
Jadi dengan rasminya Pn. Liza join dengan pakej Gold. Alhamdulillah rezeki tetap dari Allah jua.
TIPS 1 : JANGAN SESEKALI SKIP BILA BERCERITA PASAL MARKETING PLAN
TIPS 2 : JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA, KITA TAK TAHU KEMAMPUAN DAN MINAT DIA.

5
November 2013
Prospek #2 : Siti Mariam.
Siti Mariam merupakan kakak kepada adik
angkat saya, Dilla semasa saya bersekolah di ST Kluang dulu. Dengan sendirinya
Mariam juga saya anggap seperti adik angkat saya. Begitu juga dengan abangnya
Muslim. Setelah hampir 30 tahun tidak bertemu, perasaan nervous bercampur
teruja, maklumlah sekian lama terpisah, bila berjumpa nak share tentang bisnes
pula. Mariam memiliki sebuah kafe di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang
diberi nama Sweet Café. Sesiapa yang berkunjung ke sini bolehlah singgah ya.
Seperti sebelum ini, penerangan produk
dan marketing plan oleh Pn. Sal berjalan lancar. Mariam yang hadir bersama
anak-anak dan Muslim tekun mendengar. Sambil Pn. Sal menjalankan
tanggungjawabnya, saya dan suami makan biskut suji dan minum air teh 3 lapis (
3-layer tea). Wah!..sedap betul!..lain dari yang lain sebab dia tak guna gula
merah or gula Melaka..tapi..jeng-jeng-jeng..rahsia la…hehe.
Selesai penerangan, Mariam menunjukkan
minat tetapi Muslim sebaliknya. Hati kecil saya berkata mungkin mereka ada
masalah masing-masing, tetapi hati saya kuat mengatakan samada Mariam atau
Muslim akan join, tetapi siapa join dahulu saya tak tahu. Siapa cepat dia di
atas, begitulah uniknya bisnes ni.
Kita tunggu keputusannya esok ya!
TIPS 1 :
JIKA NAK MENAJA KAWAN YG DAH LAMA TAK JUMPA KENA HATI-HATI SUPAYA CERITA
LAMA TAK MENGGANGGU ATAU OVERRIDE CERITA BISNES YANG KITA NAK SHARE.
Monday, 11 November 2013
Prospek Rakan Niaga
5 November
2013
Prospek #1 : Cikgu Saad.
Walaupun Cikgu Saad ni abang kandung
saya, tapi saya kena bawa orang ke-3 yang dia tidak kenal untuk bercerita
peluang, at least dia respek sikit orang yang dia baru kenal.
Penerangan produk dan marketing plan oleh
Pn. Sal berjalan lancar. Cikgu Saad positif dan menjadi ahli dgn mengambik
pakej Silver. Nak cuba sendiri dahulu. Tapi saya pujuk juga untuk jadi Mobile.
Dia ckp kena tunggu ada modal dulu. Biasa la tu. Kalau orang lain tak boleh
paksa lebih-lebih tau, nanti dia jadi bosan dan terus reject kita.
Pn. Sal sedang menerangkan marketing plan kepada Cikgu Saad.
TIPS 1 : KALAU NAK MENAJA AHLI KELUARGA YANG RAPAT,
BAWA ORANG KE-3 YANG TIDAK DIKENALI SUPAYA MEREKA BERI
PERHATIAN LEBIH BAIK.
Perjalanan Beribu Batu Bermula Dari Langkah Yang Satu.
5 November
2013
Pagi 1 Muharram 1435, kami berlima
bertolak ke Johor. Destinasi pertama ialah di rumah abang saya sendiri, Cikgu
Saad di Simpang Renggam, Johor. Kemudian kami akan ke Pasir Gudang untuk
berjumpa adik angkat saya Siti Mariyam dan Muslim. Selepas itu akan ke Larkin
berjumpa kawan lama saya semasa belajar di Sekolah Tinggi Kluang Pn. Haliza
Hashim. Malamnya kami rancang untuk berehat.
Dalam perjalanan, Pn. Sal cuba menelefon
adik angkatnya yang berada di Kulai, mana tahu tersangkut, boleh jumpa
cerita-cerita..
Nak jadi cerita..(semua atas izin
Allah..kita hanya merancang)…nombor adik angkat Pn. Sal telah dimiliki oleh
orang lain…seorang lelaki bernama Adi. Cerita punya cerita, ayat punya ayat,
akhirnya berjaya buat appointment utk jumpa jam 8 malam di Tesco Kulaijaya. Hebat
Pn. Sal, dapat prospek yang tak dikenali tetapi positif untuk cari extra
income. Mengayat dalam bisnes ni bukan untuk cari pasal ye, tapi cari peluang...hehe.
TIPS 1 : KENA PANDAI BERKOMUNIKASI WALAU DENGAN ‘’STRANGER’.
TIPS 2 : SENTIASA CARI PELUANG UNTUK
BERCERITA TENTANG KEHEBATAN
PRODUK DAN PELUANG BISNES DENGAN SESIAPA SAHAJA.
PRODUK DAN PELUANG BISNES DENGAN SESIAPA SAHAJA.
Taklimat Pertama.
2 November
2013
Saya ajak suami, En. Hafizi untuk hadir
taklimat di Taman Desa Subang Seksyen U5. Sebelum tu saya ke Seksyen 25 untuk
ambil rakan niaga saya Pn. Liya. Kami bertiga hadir awal tapi singgah kat
warung pekena sup tulang dulu.
Semasa kami sampai di tempat taklimat,
kami agak ketinggalan. Pn. Kay sedang beri penerangan tentang produk. Saya
sebenarnya menantikan kehadiran penaja saya Pn. Sal dan Pn. Anis tetapi Pn.
Anis hanya tiba di hujung taklimat, semasa saya dah ready utk balik. Waalu pun
begitu, saya sempat mendapat penerangan tentang bagaimana nak create income
RM11K dalam masa sehari, atau seminggu atau sebulan…terpulang kepada kekuatan
kita.
Pn. Kay sedang menerangkan Marketing Plan.
Inilah dia plan nak dapat RM11K, nak dapat dalam 1 hari pun boleh.
Sebelum saya balik, saya dapat tahu yang
Pn. Sal, Pn. Wati dan Pn. Saadah sedang menjamu selera di KFC berdekatan.
Apalagi, saya naik angin lah.....saya penat-penat datang dengar taklimat, diorang suka-suka makan KFC. Saya terus pergi ke sana berjumpa mereka walau tak sempat habiskan taklimat. Masa tu dah pukul 5.30 ptg. Saya perlu menghantar Liya balik sebelum pukul 6 ptg sebab dia perlu berniaga
burger. (Tokey gerai burger pun nak buat extra income tau!..)
Bila jumpa mereka takde la saya hempuk
mereka..hehe… apatah lagi dapat makan ayam KFC…makan free memang best kan?....
Kami sebenarnya menyusun strategi kerana
saya tidak sabar lagi untuk bergerak menaja dan mempromosi produk. Kami rancang
untuk ke Johor pada Awal Muharram 5 Nov nanti. Kebetulan suami ada hal di MBJB,
apalagi, sambil menyelam minum air lah..tapi jangan sampai lemas ye..hehe.
TIPS 1 : BE HUMBLE. HADIR TAKLIMAT DAN TIMBA ILMU
SEBANYAK-BANYAKNYA.
TIPS 2 : SENTIASA BERKOMUNIKASI DAN RANCANG
STRATEGI BERSAMA KUMPULAN.
Produk hebat, Boleh buat DUIT ke?
1 November 2013
Produk hebat dan marketing plan pun boleh tahan. Banyak cerita saya dah dengar dan juga saya dah berjumpa Pn. Anis, usahawan yg sedang bergiat cergas melakukan bisnes ini.
Marketing Plan memang boleh buat duit lah. Ada yang dah dapat RM2,000 sehari..ada yg dapat RM5,000 sehari..Wow!..saya memang teruja walau dalam hati sedikit tak percaya…hehe…
Bukan tak percaya ia boleh dicapai tetapi saya meragui di mana kekuatan untuk dapat ribu-ribu sehari ni. Saya pernah dapat income RM19,700 dalam masa 3 jam suatu masa dahulu dan income bulanan saya pun pernah mencecah RM100K sebulan…bukan nak berlagak tapi memang tak mustahil kerana saya pernah dapat. Tetapi saya perlu lebih mengenali produk dan marketing plan Phyti Science Double Stemcell ni. Bukan MENGKAJI ye..tetapi MENGENALI dan AMBIL TAHU. Kalau asyik mengkaji, anda akan jadi Professor Kajian Tak Bertauliah sepanjang hidup anda…hehe.
I have to move to the next step. Menghadiri Taklimat!
TIPS 1 : JANGAN INGAT KITA NI SERBA PANDAI, KALAU ADA BISNES BARU, KOSONGKAN MINDA DAN HADIR TAKLIMAT. BELAJAR DARI LEADER ATAU ORANG YG BERPENGALAMAN!
TIPS 2 : BERHENTI MENGKAJI DAN MENGKAJI. KALAU ADA ORANG BIASA-BIASA DAPAT PENDAPATAN LUAR BIASA MAKA IA TAK MUSTAHIL. YANG JADI MUSTAHIL SEBAB DIRI KITA SENDIRI YANG MENYUSAHKAN.

Produk hebat, Testimoni boleh percaya ke?
29 Oktober 2013
Sebenarnya saya memang susah nak percaya sesuatu produk kalau tak ada bukti keberkesanannya. Maklumlah, setakat testimoni orang yang saya tak kenal tak kan dapat meyakinkan saya lansung. Sewaktu Pn. Sal introduce produk, saya beritahu beliau yang saya nak berjumpa dengan tuan punya diri, iaitu Pn. Wati. Akhirnya impian saya tercapai. Rupa-rupanya saya memang mengenali Pn. Wati, seorang tokey silver yang berniaga di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Dulu badannya dua kali ganda badan saya (saiz XXL) tetapi bila saya jumpa dia semula, sekarang dia dah lebih kurus dari saya!
Selepas menceritakan semula pengalaman dia ditimpa kemalangan (patah kaki dan mengidap diabetes selama 20 tahun dan darah tinggi)…sehingga berjumpa produk Double Stemcell dan mengamalkannya, saya jadi teruja. Teruja kerana beliau kembali sihat seperti manusia normal yang lain. Keyakinan saya bertambah setelah berjumpa sendiri dgn Pn. Wati dan sejak itu saya tidak menoleh ke belakang lagi untuk terus mencuba produk.
Pn. Watie
TIPS 1 : JANGAN PERCAYA SEMBARANGAN TESTIMONI, CUBA SENDIRI DAHULU! TIPS 2 : BERITAHU SUAMI, JIKA SUAMI NEGATIF, TUGAS KITA UNTUK YAKINKAN! MINTA IZIN UNTUK BUKTIKAN PRODUK BAGUS DAN INCOME PUN BAGUS!

Apap-apa pun, kena beritahu suami dulu kalau saya betul-betul mahu serius. Restu suami kan penting tapi saya tahu suami saya 100% di sisi saya.
TIPS 1 : JANGAN PERCAYA SEMBARANGAN TESTIMONI, CUBA SENDIRI DAHULU! TIPS 2 : BERITAHU SUAMI, JIKA SUAMI NEGATIF, TUGAS KITA UNTUK YAKINKAN! MINTA IZIN UNTUK BUKTIKAN PRODUK BAGUS DAN INCOME PUN BAGUS!
Friday, 8 November 2013
Bagaimana saya bermula?
Takdir Allah menemukan saya dgn produk ni melalui kawan baik saya Pn. Salamah Mat Noh, pemilik spa di Kompleks PKNS Shah Alam. Beliau nak promote produk ni kerana teringatkan suami saya yg pernah mengalami demam panas dan ada masalah saraf.
Saya ni kalau tak cuba sendiri produk memang lah saya susah nak percaya bulat-bulat walau kawan baik sendiri. Setelah mencuba sendiri produk ni, dengan izin Allah masalah resdung saya yg teruk dan masalah rambut gugur dapat diatasi...Alhamdulillah..
Saya tertanya-tanya juga, produk apa ni?...Time ni la baru nak belajar tentang produk.
Double Stemcell
Triple Stemcell

Bermulanya Sebuah Perjuangan
Al-kisah, akhir bulan Oktober & awal bulan November 2013, bermulalah langkah pertama saya sebagai pengguna dan usahawan Phyto Double Stemcell & Triple Stemcell. Produk ini dihasilkan oleh Mibelle Biochemistry Switzerland dan diberi hak untuk memasarkan kepada Phyto Science Sdn. Bhd. dan telah berada di pasaran sejak September 2012. Nampaknya saya telah terlambat setahun...tapi tak mengapa kerana cepat atau lambat kita memulakan bisnes, yang penting kita bertindak dan terus istiqomah dalam mengusahakannya.
Pelancaran rasmi produk dan usahasama Phyto Science Sdn. Bhd. dan pengasas Apple Stemcell Phytocelltec dari Switzerland telah diadakan pada Mei 2013 dan dihadiri oleh Mr. Lai Teck Peng, Presiden Phyto Science dan juga Dr. Fred Zuelli dari Switzerland. Tak ketinggalan hadir pada malam itu ialah Datin Paduka Ummi Aida yang merupakan Duta dan pengguna Phyto Double Stemcell dan Triple Stemcell ini.

Subscribe to:
Comments (Atom)