Sunday, 24 November 2013

Impian Jadi Kenyataan

Jumaat  8 Nov 13

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biasanya niat yang baik akan diizinkan Allah. Sebelum balik dari Johor, saya ada nyatakan hasrat kepada Mariam nak cari rangkaian di Singapura. Mana tau kot-kot dia ada kenalan dari sana.

Mariam mengiyakan dan memberitahu dia mengenali seorang motivator berbangsa Melayu dan mempunyai rangkaian besar kerana kerjanya memang berkaitan dengan orang ramai. Saya menaruh harapan agar Mariam dapat membuat temujanji walaupun Mariam berkeras mengatakan bahawa dia memang tidak mempunyai pengalaman dalam dunia networking atau MLM.

Tiba-tiba hari ni saya dapat panggilan dari Mariam, bahawa rakannya dari Singapura bersetuju untuk berjumpa di Restoran Singgah Selalu, JB esok jam 3 petang. Wow!..saya tergamam. Cepatnya, baru balik dari Johor Rabu lepas, esok nak kena pergi lagi. Saya ridak dpt buat keputusan on the spot, kena lah tanya suami saya dahulu. Bila saya call suami, dia kata OK, peluang datang tidak boleh dilepaskan. lagipun memang kita yang minta peluang sebegini. nah!..sekarang Allah dan beri jalan takkan kita nak sia-siakan. Dengan jawapan itu saya beritahu Mariamkami akan turun ke sana dan akan spend sepanjang weekend sehingga Isnin di sana.

jadual kami perlu dipenuhkan dan penginapan yang terlintas di fikiran kami adalah Saad Homestay! Rumah abang saya sebenarnya. Tak sabar tunggu esok!

No comments:

Post a Comment