Tuesday, 12 November 2013

Prospek Rakan Niaga

5 November 2013

Prospek #3 Halizah Hashim

Liza ni schoolmate saya masa kat Sekolah Tinggi Kluang dulu. Seorang yang ceria, berbakat dan aktif. Alhamdulillah selepas hampir 30 tahun tidak bertemu, hanya berkomunikasi di lama muka buku je, akhirnya ditakdirkan Allah untuk kami bertemu dalam saat beliau memerlukan sesuatu untuk maju ke depan dan mengubah nasib hidup beliau sekeluarga.

Perjumpaan di KFC Terminal Larkin diiringi dengan hujan renyai-renyai amat bermakna. Perjalanan kami ke sini dari Pasir Gudang amat mencabar, maklumlah hujan lebat masa on the way tadi. Tambahan pula suami ikut jalan pintas iaitu Jalan Bakar Batu dri Permas ke Larkin. Sebelah tu projek Southkey Properties yang baru nak naik, jalan pun tengah buat, apalagi..air mengalir macam sungai...serius saya naik takut..nasib baik kat dalam kereta kami berlima.

Kami tiba agak lewat, dalam pukul 6 sedangkan Liza dah sampai pukul 5 tadi. Nasib baik beliau memahami. Tanpa membuang masa, Pn. Sal terus explain pasal produk. Pn. Watie dan Pn. Saadah macam biasa share testimoni masing-masing.

Punya lah nak cepat, Pn, Sal cuma cerita marketing plan untuk pakej Silver & Mobile je. Last-last, Liza cakap, 'Aku tak nak pakej Silver, tapi nak ambil pakej Mobile aku tak ada duit. Aku ambil pakej Gold je la'..ni yang buat saya tercengang. Terus saya ajak Liza pergi ambil duit. ATM yang paling dekat ada kat bangunan Terminal. Apalagi, kami menapak la.

Jadi dengan rasminya Pn. Liza join dengan pakej Gold. Alhamdulillah rezeki tetap dari Allah jua.

TIPS 1 :  JANGAN SESEKALI SKIP BILA BERCERITA PASAL MARKETING PLAN
TIPS 2 : JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA, KITA TAK TAHU KEMAMPUAN DAN MINAT DIA.

No comments:

Post a Comment