Friday, 22 November 2013

Hari Ke-2 di Johor Part 3

6 Nov 2013

Dari Taman Rinting Masai kePasir Gudang agak mudah, tapi hari ni kami nak ke tempat Siti Mariam di Restoran Sweet Cafe di Taman Mawar, bukan di Kompleks Bandar Pasir Gudang. Dengan alamat yang diberi dibantu dengan landmark iaitu Balai Bomba, rasanya senang nak cari ni.

Semua orang dah mula rasa lapar, maklumlah selepas pekena nasi lemak pagi tadi, masing2 kenyang, tu yang tak makan tengahari. Harap-harap ada makanan kat restoran Siti Mariam nanti, nama pun restoran kan?...

Kami sampai lebih kurang jam 5.15 petang, betul-betul menepati janji, lepas Asar. Restorannya agak ramai pelanggan. Rasanya ramai yang kerja kat pelabuhan, dengan uniform kerja. Kami duduk di bahagian dalam restoran. Kelihatan suami Mariam, En. Ajmi sedang menjamu selera dengan anak lelaki mereka.

Apalagi kami pun order makanan, perut dah makin berbunyi.

Ni sebelum makanan sampai.

Sambil bercerita sambil makan. Kerja jadi senang sebab Mariam dah dengar tentang produk dan plan semalam. Actually Mariam dah pun amalkan Double Stemcell sebelum ni. Tu yang dia positif tentang produk tetapi semalam dia macam tak menunjukkan minat sangat sebab hormatkan abang dia Muslim. Bukan apa, mariam ni downline Muslim dalam MLM lain dan memang tiap2 bulan dia maintain je. Tak banyak dalam RM300 je....tak banyak?..hehe..maintain Double Stemcell cuma RM190...

Saya pun dapat tahu semalam yang Muslim sedang buat MLM lain, ala yang mula dengan huruf Á'tu..tapi  Muslim sendiri sedang hadapi krisis, dah 3 bulan tak maintain. Saya tak mau la buat spekulasi, saya biarkan Muslim settle kan masalah dia tetapi kalau Mariam yang join dulu, maka Muslim akan berada di bawah  Mariam jika dia join kemudian, adilkan?..

Selepas isi borang ahli dan bayar RM270, kami bagi 2 kotak DSC. Macam biasa saya rekomen Mariam untuk jadi Mobile Stokis, dia memang nak jadi Stokis tapi tengah tunggu satu NGO ni bayar balik duit yang dia beri pinjam, bukan sikit tapi RM10,000 total, tapi yang RM5000 tu kira modal pusingan sebab dia berkongsi buka kedai bahan2 kek, tapi tambahan modal RM5000 tu sebagai pinjaman. Mariam beritahu susah nak dapat balik duit yang dia bagi pinjam tu. Biasa lah kan..dah nama pun pinjam.

Pukul 7 malam, kami bertolak balik ke KL. Saya sempat berpesan kepada Ajmi supaya bantu Mariam jadi Mobile sebab potensi terlalu besar. Ajmi mengangguk tanda faham. Kami memulakan perjalanan meninggalkan Johor dengan seribu satu kenangan pahit manis. 

Perjuangan akan diteruskan walau di mana kami berada.

No comments:

Post a Comment