5
November 2013
Prospek #2 : Siti Mariam.
Siti Mariam merupakan kakak kepada adik
angkat saya, Dilla semasa saya bersekolah di ST Kluang dulu. Dengan sendirinya
Mariam juga saya anggap seperti adik angkat saya. Begitu juga dengan abangnya
Muslim. Setelah hampir 30 tahun tidak bertemu, perasaan nervous bercampur
teruja, maklumlah sekian lama terpisah, bila berjumpa nak share tentang bisnes
pula. Mariam memiliki sebuah kafe di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang
diberi nama Sweet Café. Sesiapa yang berkunjung ke sini bolehlah singgah ya.
Seperti sebelum ini, penerangan produk
dan marketing plan oleh Pn. Sal berjalan lancar. Mariam yang hadir bersama
anak-anak dan Muslim tekun mendengar. Sambil Pn. Sal menjalankan
tanggungjawabnya, saya dan suami makan biskut suji dan minum air teh 3 lapis (
3-layer tea). Wah!..sedap betul!..lain dari yang lain sebab dia tak guna gula
merah or gula Melaka..tapi..jeng-jeng-jeng..rahsia la…hehe.
Selesai penerangan, Mariam menunjukkan
minat tetapi Muslim sebaliknya. Hati kecil saya berkata mungkin mereka ada
masalah masing-masing, tetapi hati saya kuat mengatakan samada Mariam atau
Muslim akan join, tetapi siapa join dahulu saya tak tahu. Siapa cepat dia di
atas, begitulah uniknya bisnes ni.
Kita tunggu keputusannya esok ya!
TIPS 1 :
JIKA NAK MENAJA KAWAN YG DAH LAMA TAK JUMPA KENA HATI-HATI SUPAYA CERITA
LAMA TAK MENGGANGGU ATAU OVERRIDE CERITA BISNES YANG KITA NAK SHARE.
No comments:
Post a Comment