Thursday, 14 November 2013

Hari Ke-2 Di Johor

6 November 2013

Hari ni hari ke-2 di Johor dalam misi mencari prospek baru. Pagi-pagi lagi dah bangun pergi cari breakfast. Sejak suami ada projek kat sini, banyak juga tempat makan yang kami explore. Pagi ni kami ke sebuah tempat makan yang agak santai di Jalan Mahmoodiah. Lupa nak tengok namanya tapi betul-betul tepi jalan.

Selesai makan, kami belikan nasi lemak ayam bungkus untuk 3 srikandi kat hotel. Mereka penat sangat kot sampai kami ajak keluar breakfast pun tak nak. Balik hotel lepak je lah, sebab suami ada hal di MBJB. Nanti tengahari nak ke tpt Liza untuk bagi produk dan collect baki payment. Liza masuk pakej Gold, dapat 12 kotak double Stemcell dan saya akan dapat RM600 penajaan. Lumayan kan?

Selepas check-out dalam pukul 12.30 kami menuju ke Auto Mart Larkin, tempat Liza bekerja. Dia seorang Admin di syarikat baiki kereta. Kami sempat solat Zohor di situ. Walaupun dah pukul 1.30 ptg, tapi kami masih belum lapar.

Kami ada appointment dengan Mariam lepas Asar tapi kami nak singgah di rumah emak saudara saya Makcik Ru sebab beliau sedang sakit dan kalau ada peluang nak jumpa sepupu saya , Faridah atau lebih dikenali sebagai Ngot (singkatan dari Pungut). Kami singgah di Taman Pandan dan melawat Makcik Ru.Keadaan beliau makin parah dengan kanser buah pinggang stage 4. Kami spend masa selama 15 minit je kat sana. Dalam hati berharap juga anak dia dapat bagi Makcik Ru makan Double Stemcell.

No comments:

Post a Comment