2 November
2013
Saya ajak suami, En. Hafizi untuk hadir
taklimat di Taman Desa Subang Seksyen U5. Sebelum tu saya ke Seksyen 25 untuk
ambil rakan niaga saya Pn. Liya. Kami bertiga hadir awal tapi singgah kat
warung pekena sup tulang dulu.
Semasa kami sampai di tempat taklimat,
kami agak ketinggalan. Pn. Kay sedang beri penerangan tentang produk. Saya
sebenarnya menantikan kehadiran penaja saya Pn. Sal dan Pn. Anis tetapi Pn.
Anis hanya tiba di hujung taklimat, semasa saya dah ready utk balik. Waalu pun
begitu, saya sempat mendapat penerangan tentang bagaimana nak create income
RM11K dalam masa sehari, atau seminggu atau sebulan…terpulang kepada kekuatan
kita.
Pn. Kay sedang menerangkan Marketing Plan.
Inilah dia plan nak dapat RM11K, nak dapat dalam 1 hari pun boleh.
Sebelum saya balik, saya dapat tahu yang
Pn. Sal, Pn. Wati dan Pn. Saadah sedang menjamu selera di KFC berdekatan.
Apalagi, saya naik angin lah.....saya penat-penat datang dengar taklimat, diorang suka-suka makan KFC. Saya terus pergi ke sana berjumpa mereka walau tak sempat habiskan taklimat. Masa tu dah pukul 5.30 ptg. Saya perlu menghantar Liya balik sebelum pukul 6 ptg sebab dia perlu berniaga
burger. (Tokey gerai burger pun nak buat extra income tau!..)
Bila jumpa mereka takde la saya hempuk
mereka..hehe… apatah lagi dapat makan ayam KFC…makan free memang best kan?....
Kami sebenarnya menyusun strategi kerana
saya tidak sabar lagi untuk bergerak menaja dan mempromosi produk. Kami rancang
untuk ke Johor pada Awal Muharram 5 Nov nanti. Kebetulan suami ada hal di MBJB,
apalagi, sambil menyelam minum air lah..tapi jangan sampai lemas ye..hehe.
TIPS 1 : BE HUMBLE. HADIR TAKLIMAT DAN TIMBA ILMU
SEBANYAK-BANYAKNYA.
TIPS 2 : SENTIASA BERKOMUNIKASI DAN RANCANG
STRATEGI BERSAMA KUMPULAN.


No comments:
Post a Comment