Wednesday, 13 November 2013

Prospek Yang Tak Dikenali

5 November 2013

Lebih kurang pukul 8.30 malam kami check in hotel N** **** di Johor Bahru. Tak sempat pun nak masukkan barang atau berehat sebab dah kena berkejar ke Skudai. Appointment dengan Adi hari ni dah diubah dari Kulaijaya ke Skudai, Alhamdulillah..dekat la sikit jaraknya. So kami terus menuju ke Skudai Parade, sebab kat situ je yang kami tahu.

Sampai di Skudai Parade pun dah pukul 9 malam. Banyak kedai dah tutup, lengang je. Hujan masih renyai-renyai kat luar. Kami pun terus ke tandas beramai-ramai. Tandas tu dijaga oleh seorang makcik yang dah agak berumur. Kami pun apalagi, tegurlah makcik tu sebab dia pun nampak ramah. Bila bercerita tentang produk dia nampak berminat. Kami siap spray muka dia dengan Triple Stemcell, sebab dia kata muka dia macam membengkak selepas berbuka puasa tadi. Selepas bercerita serba sedikit, harapan kami biarlah nasib makcik ni dibela, dengan umur yang macam tu, dah tak sesuai untuk kerja sebagai tukang jaga tandas. Namun hidup perlu diteruskan...betul kan?

Kami teruskan dengan niat kami untuk berjumoa Adi dan rakannya, mereka on the way, satu ungkapan yang cukup popular..hehe..dari pukul 8 malam sekarang dah hampir pukul 10, mereka tak muncul lagi. Dalam hati masing-masing asyik berteka-teki, kena tipu ke?...betul ke nak jumpa ni?

Pukul 10 malam kami tunggu di luar sampai 10.30 malam. Kalau pukul 11 malam belum sampai juga, kami cadang untuk beredar dari situ. Baru je ingatan tu bermain di fikiran, tiba-tiba Adi call Pn. Sal beritahu dah sampai. Kami pun follow dia, buat U-turn dan jumpa kawan dia lagi seorang. Kami menuju ke kedai makan berhadapan dengan Skudai Parade. Sambil makan sambil bercerita produk dan peluang bisnes. Adi dengan kawan dia Mawi masing-masing bawa isteri dan anak.

Rupanya Mawi ni seorang leader MLM juga, yang mula dengan huruf A tu...tetapi dia macam dah give up selepas ada perkara berlaku dengan kumpulannya.

No comments:

Post a Comment