Selepas settle melawat Makcik Ru, kami bertolak untuk ke tempat Ngot. Susah juga nak cari kalau tak ada GPS, nak harapkan signboard kat jalan, memang boleh naik angin jadinya. Suami selalu cakap signboard kat Malaysia tercinta ni boleh jadi macam chipsmore, sekejap ada sekejap takde. Tempat Ngot kat taman Rinting Masai. Walau saya orang Johor, tapi minta maaflah, jalan kat Johor ni amatlah saya tak biasa..hehe.
Dekat sejam juga nak mencari tempat Ngot, last2 kami berhenti dekat Stesen Petron, anak sulung Ngot datang jemput. Ikut jalan dalam memang tak sempat nak hafal. Akhirnya sampai juga kat kedai langsir Ngot ni. Kalau sesiapa nak tempah langsir bolehlah datang sini.
Signboard Kedai & Alamat.
Pn. Sal sedang share produk
Untuk memudahlan keadaan, kami tinggalkan satu pek DS untuk dia cuba, mana tau dengan cara tu boleh buat dia tersangkut dengan produk dan nak join ahli. Dia setuju terima, dalam pada tu saya pujuk juga dia untuk jadi Mobile di kawasan tu. Bukan apa, dapatlah dia makan produk dengan senang hati sebab stok banyak, lagipun saya akan bantu dia grow line kat area situ.
Dah settle semua kami pun minta diri nak ke Pasir Gudang, nak close Siti Mariam pula.


No comments:
Post a Comment